MASIH INGAT KATA LALUAN idME?

Modul Pengurusan Institusi (Submodul Pengurusan Kelas dan Pengurusan Mata Pelajaran) bagi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) akan dibuka bermula 10 Julai 2023 untuk tujuan pengisian dan pengemaskinian data bagi sesi Akademik 2023/2024. Sebagai guru data, penetapan subjek dalam Aplikasi Pangkalan Data (APDM) melalui ID Pengguna Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) merupakan kerja rutin saya setiap tahun apabila mula sesi persekolahan selepas penetapan kelas. Semua guru tingkatan turut memainkan peranan dalam penetapan subjek dalam APDM iaitu menetapkan bilangan murid yang mengambil setiap subjek teras dan subjek elektif. Ramai guru tingakatan juga bertanya kepada saya bila perlu menjalankan kerja rutin mereka. Malah, ada juga guru tingkatan yang risau bahawa tugas ini perlu dilalukan dua kali iaitu membuat penetapan di APDM dan di MOEIS seperti tahun lepas. Apabila mula sesi persekolahan 2023/2024, saya juga mendapati sub modul penetapan subjek dalam APDM telah hilang apabila hendak membuat penetapan subjek dengan ID PKP.

Akhirnya, pengurusan mata pelajaran ini telah dibuka dan kini hanya perlu ditetapkan dalam MOEIS sahaja. Syukur kerana tidak lagi membuat penetapan subjek 2 kali dalam sistem yang berbeza. Lepas ini mesti ramai guru yang tercari-cari kata laluan MOEIS. Semoga segala urusan semua guru dalam melaksanakan sub modul pengurusan kelas dan pengurusan mata pelajaran dipermudahkan.

Previous Post Next Post