Kenali Guru Anda

Salam berkenalan kepada semua yang membaca blog saya. Nama saya Ah Ho Yen Sze atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ah Ho. Saya berasal daripada Kuantan, Pahang. Kini sedang berkhidmat di SMK SS17, Subang Jaya Selangor. Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 14 tahun. Subjek utama yang diajar adalah matematik tambahan dan matematik. Sebelum mendapat penempatan sebagai seoarang guru, saya pernah bekerja sebagai seorang editor di Penerbitan Tunas Pelangi dan sebagai eksekutif merangkap pensyarah di Kolej Selatan Johor (Kini dikenali sebagai Kolej Universiti Selatan. Saya telah mendapat penempatan saya pada tahun 2008, maka mulalah perkhidmatan saya sebagai seorang penjawat awam. Diharapkan perkongsian saya melalui blog ini dapat meberi manfaat kepada semua yang memerlukannya.

Previous Post Next Post