Google Certified Educator Level 1 (GCE L1)

Sijil Google Certified Educator Level 1


Saya telah berjaya mendapat sijil Google Certified Educator Level 1 pada 20 Disember 2020 semasa dalam perintah kawalan pergerakan (PKP). Program Google Certified Educator Level 1 ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Google Malaysia. Baucar PERCUMA telah diagihkan kepada guru yang ingin menduduki peperiksaan bagi pengiktirafan Google Certified Educator (GCE) Level 1. Sebelum ini, guru perlu membeli baucar dengan bayaran $10 untuk menduduki peperiksaan ini. Kini, para guru boleh mendapatkan baucar PERCUMA dengan mengikuti langkah mudah yang telah dinyatakan dalam portal DELIMA. Kursus terperinci ini boleh diikuti melalui pautan yang diberi. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/delimagce/utama. Selain itu, para guru juga boleh mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Google Educator Groups Malaysia (GEG) untuk membantu guru membuat persiapan sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Saya bersyukur kerana dapat mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh GEG Gombak, GEG Hilir Perak dan GEG Negeri Sembilan pada petang 20 Disember 2020. Pada malam itulah saya menduduki peperiksaan dan telah menerima keputusan pada keesokan hari. Terima kasih kepada GEG Malaysia dan BSTP Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi guru yang masih belum mendapat pengiktirafan GCE ini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kursus melalui portal DELIMA atau mengikuti bengkel dari mana-mana GEG Malaysia.

Semoga berjaya !

Sijil Penghargaan dari GEG Malaysia