Google Certified Educator Level 2 (GCE L2)

Sijil Google Certified Educator Level 2

Saya telah berjaya mendapat sijil Google Certified Educator Level 2 pada 25 Mac 2021 selepas tiga bulan mendapat pengiktirafan GCE Level 1. Program Google Certified Educator Level 2 ini masih dibawah anjuran Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Google Malaysia. Saya masih mendapat Baucar PERCUMA yang diberikan oleh KPM. Sebelum menduduki peperiksaan, saya juga mengikuti bengkel dan mendapat bimbingan daripada Google Educator Groups Malaysia (GEG). Sijil penghargaan telah diberikan oleh pihak GEG Gombak dan Hilir Perak selepas saya mengikuti sesi latihan bimbingan tersebut. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan mendapat pengiktirafan ini. Saya berharap boleh mendapat pengiktirafan yang lain daripada Google jika masih ada kelapangan pada masa akan datang.

"Lifelong Learning: It's the Superpower that Elevates YOU to New Heights!"