Cikgu Juara Digital 2023 (#CJD2023)

Saya telah tersenarai sebagai Top 150 Cikgu Juara Digital 2023 (CJD 2023) yang diumumkan pada 2 Mei 2023 di Media Sosial Facebook MYdigitalmaker. Ekoran daripada itu, suatu perjumpaan secara bersemuka CJD lantikan 2023 telah diadakan pada 11-13 Julai 2023 di Hotel Ibis, Kuala Lumpur. Antara agenda dalam Perjumpaan kali ini adalah Latihan Peningkatan Kemahiran Digital meliputi modul Kemahiran Digital Asas, Kelab Penggerak Digital, Media Education dan Future Skills for All bertujuan memberi pendedahan dan latihan lanjutan kepada murid-murid sekolah dan guru-guru lain secara berperingkat. Selain itu, penyampaian sijil Pengiktirafan dan Piala CJD 2023 juga merupakan salah satu agenda bagi perjumpaan kali ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Pendidikan Petaling Perdana (PPD PP) dan SMK SS17 kerana menyokong saya menjadi salah seorang Cikgu Juara Digital (CJD) bagi sesi 2023. Saya bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang pendokong teknologi digital dalam pendidikan di kalangan guru. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Youtuber Malaysia (AYU) khasnya Cikgu Muhammad Suffi bin Yusof (Pengurus Youtuber) dan Super Trainer AYU kerana mewujudkan platform ini untuk saya mempelajari dan meneroka semula dalam dunia teknologi maklumat ini. Seramai 27 orang adik-beradik AYU juga dilantik sebagai CJD bagi sesi 2023. Tahniah kepada semua adik-beradik AYU ! Sama-sama kita berganding bahu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia yang merupakan anjakan ke-7 yang terkandung dalam 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM). Ia juga merupakan teras ke-7 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menerajui Pendidikan Negara iaitu Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

Adik-beradik Akademi Youtuber Malaysia

#CJD2023 #MDEC #MYdigitalmaker #AYU #AkademiYoutuber #adikberadikAYU