Potential APL Workshop

Saya bersyukur kerana dapat mengikut bengkel Siri 1 bersemuka yang diadakan di Pejabat Apple Malaysia pada 4 - 5 Feb 2023. Saya mula mengikuti bengkel-bengkel dalam talian yang dianjurkan oleh Apple Professional Learning Malaysia (APLM) sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Saya juga telah berjaya mendapat pengiktirafan Apple teacher pada 25 Mac 2020. Selepas mengggunakan ekosistem iOS sepenuhnya selama dua tahun, saya mendapati masih banyak ruang untuk belajar. Walaupun bengkel kali dianjurkan untuk mencari Apple Professional Learning Specialist (APLS) yang berpotensi dan saya belum lagi layak dan bersedia untuk memohon, namun saya juga dialu-alukan untuk mengikuti bengkel tersebut. Bengkel Siri 2 akan diadakan pada hujung minggu ini dan tugasan yang diberikan masih belum disempurnakan. Semoga diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan dalam masa berbaki 2 hari ini dan segala urusan dipermudahkan.

Previous Post Next Post