Revisi Cepat SPM : Function

Peta minda ini membantu murid-murid mengimbas kembali secara keseluruhan apa yang telah dipelajari bagi tajuk Fungsi terutamanya semasa membuat ulangkaji terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan. Fungsi ialah hubungan antara suatu set dengan set yang lain. Terdapat empat jenis hubungan iaitu hubungan satu kepada satu, banyak kepada satu, satu kepada banyak dan banyak kepada banyak. Diantara empat jenis hubungan ini hanya hubungan satu kepada satu dan banyak kepada satu merupakan fungsi kerana hanya terdapat satu imej sahaja.