PERTANDINGAN POSTER INFOGRAFIK DIGITAL ANJURAN PADU

PADU -Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan Poster Digital yang bertemakan #STEMmademylifePADU sempena Sambutan Minggu Sains Negara 2023. Ini merupaka salah satu berita baik buat adik-adik tingkatan 1 hingga 5 ! Jom, sertai pertandingan ini sekarang. Untuk menyertai pertandingan ini, adik-adik perlu :

  1. Kongsikan poster infografik digital adik di link Google Form yang diberikan. Poster tersebut boleh direka dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan menggunakan format JPEG/PNG atau PDF yang bersaiz A3.
  2. Ceritakan secara ringkas bagaimana STEM memberi manfaat dalam kehidupan seharian tidak melebihi 150 patah perkataan.

Hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah dan e-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta pertandingan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang! Semoga adik-adik berjaya!

Pautan penyertaan : https://bit.ly/3o0ubMb

#STEMmademylifePADU

#MalaysiaEducationBlueprint

#PelanPembangunanPendidikanMalaysia

Previous Post Next Post