Majlis Pelancaran Gerakan Massa Peringkat Kebangsaan

Majlis Pelancaran Gerakan Massa dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, pada 5 Mac 2023 (Ahad) bertempat di East Coast Mall (ECM) Kuantan, Pahang. Saya berkesempatan melawat pameran di ruang legar ECM pada 4 Mac 2023 (Sabtu) bersama anak-anak apabila balik bercuti. Saya telah menyertai kuiz yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) berkenaan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP). Walaupun sudah tidak menjadi warga pendidik di negeri Pahang, namun masih boleh menimba ilmu tentang hala tuju JPN Pahang. Anak saya mendapat hadiah buku nota JPN Pahang walaupun tidak dapat menjawab semua soalan. Terima kasih kepada JPN Pahang kerana kami merupakan pelanggan yang pertama. Kebetulan cikgu sekolah menengah saya yang kini menjadi Nazir di JPN Pahang sedang bertugas disana juga. Berikut merupakan gambaran bagi Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) untuk rujukan warga pendidik.

Terima kasih kepada Puan Chan (Cikgu saya) kerana mewakili JPN Pahang untuk menghadiahkan buku nota kepada anak saya.

Suasana di ECM pada 4 Mac 2023: Majlis Pelancaran Gerakan Massa

Previous Post Next Post