Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih

SMK SS17 kehilangan tiga orang guru yang berpengalaman pada 17 Feb 2023. Tahniah diucapkan kepada Pn Nor Laila Binti Mahmud atas kenaikan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (Bahasa), Pn Balvear Kaur A/p S.Sher Singh (Kaunselor) bersara wajib pada 28 Feb 2023 dan Pn Khoo Chiew Peng bersara pilihan pada 1 Mac 2023. Majlis persaraan dan perpisahan telah diadakan pada hari terakhir sesi persekolahan 2022. Semoga rakan-rakan seventeenians yang bersara dan kenaikan pangkat sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Saya sebagai salah seorang AJK dalam pengurusan majlis sekalung Budi sejambak kasih ini ingin memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan sepanjang majlis berjalan. Montage berikut dibuat khas untuk dua orang rakan YB (Yang bersara)

Previous Post Next Post