BELANJAWAN 2023

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini. Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI' membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar. Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan. Belanjawan kali ini juga memberi berita baik kepada semua penjawat awam iaitu kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.

Berikut merupakan touchpoints bagi belanjawan 2023.

Touchpoints Belanjawan 2023

Previous Post Next Post