Tahniah! Saya telah dilantik menjadi Pentadbir 🎉🎉

Hari ini mempunyai berita baik yang ingin dikongsi bersama. Tahniah! Saya telah dilantik menjadi Pentadbir. Mungkin ramai akan tertanya-tanya saya telah dilantik sebagai pentadbir apa? Penyelia Petang, Penolog Kanan Ko-kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penolong Kanan Pentadbiran?

Jawapannya adalah saya telah dilantik sebagai Pentadbir Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) di bawah Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di URL: http://idme.moe.gov.my . Apa itu SPPB? SPPB merupakan suatu laman yang membenarkan pengguna akses maklumat berkenaan tahap pencapaian murid sekolah di Malaysia. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan proses semakan keputusan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Pelaporan ujian dan keputusan pentaksiran akan dilaporakan secara atas talian (SPPB) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti yang sedia maklum, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kini merupakan sebahagian daripada komponen PBD - pentaksiran sumatif.

SPPB ini mempunyai 13 modul pentaksiran di peringkat sekolah.Tanggungjawab utama pentadbir SPPB ini adalah untuk memberi peranan dalam sistem kepada pengetua, Pentadbir sekolah dan penyelaras 13 komponen Pentaksiran. Buat masa kini, hanya modul pengurusan pentaksiran telah dibuka. Modul-modul pengurusan yang lain akan dibuka secara berperingkat. Pendek kata tanggungjawab guru data telah ditambahkan melalui pelantikan ini. Selamat menjalankan tugas kepada semua Pentadbir SPPB!

1 Comments

  1. Tahniah.. Agak berat juga job tu ya?smg dipermudahkan urusan.. Tanjat kite.. Ingat naik jd PK.. 😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post