CASIO ClassWiz Emulator : Mudahnya Kelas Ulangkaji Matematik Tambahan T4

Hari Rabu depan (11/1/2023) merupakan Pentaksiran Akhir Tahun bagi Matematik Tambahan T4. Sepanjang minggu lepas pentaksiran untuk subjek lain juga sedang berjalan. Saya terpaksa mengambil masa hujung minggu untuk kelas ulangkaji bersama anak-anak murid. Walaupun kehadiran kelas dalam talian tidak mendapat kehadiran penuh tetapi diharapkan yang hadir kelas semalam boleh memanfaatkan kelas yang diberikan pada hujung minggu.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Pihak CASIO, Marco Group Malaysia dan Akademi Youtuber kerana mengadakan Program CASIO-X Akademi Youtuber dan memberikankan "ClassWiz Emulator Subscription" secara PERCUMA selama setahun kepada guru-guru AYU yang menyertai program tersebut. Emulator ini memudahkan guru-guru untuk mengajar secara dalam talian atau menunjukkan cara penggunaan kalkulator semasa pengajaran dalam kelas. Emulator ClassWiz ini telah boleh digunakan dalam Sistem Pengoperasin iOS. Ia merupakan sesuatu berita baik untuk semua pengguna sistem Pengoperasian ini.

Previous Post Next Post