Tibalah saat bagi calon-calon SPM 2022 yang mendebarkan iaitu menjawab soalan matematik tambahan. Subjek matematik tambahan selalu dikatakan sebagai "killer subject" dikalangan calon-calon yang mendaftar subjek ini. Berdasarkan 14 tahun pengalaman saya mengajar subjek ini, memang selalu ada calon yang hendak mengugurkan subjek ini semasa pendaftaran subjek SPM. Saya sentiasa memberi nasihat supaya tidak gugurkan subjek ini kerana mempunyai kelebihan kepada murid yang mengambil subjek ini semasa sambung pelajaran di menara gading pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, masih ada calon yang tidak sanggup meneruskan perjuangan bersama saya sehingga saat akhir. Namun, saya berasa bangga sekiranya calon-calon boleh bersama saya sehingga saat akhir walaupun pada akhirnya mereka gagal dalam SPM sebenar. Sebenarnya nak lulus Matematik Tambahan bukan susah, petua yang paling mudah adalah membuat latihan dan mengikuti teknik yang diajar oleh guru. Sekiranya calon tidak tahu cara melukis graf, jika soalan yang sama melatih 10 kali, saya pasti calon tersebut boleh melukis graf yang baik. Saya selalu berpegang kepada "Practice makes perfect". Walaupun 14 tahun mengajar, saya masih lagi selalu membuat soalan-soalan matematik tambahan sebelum mengajar murid-murid saya. Membuat latihan yang konsisten baru mendapat kecekapan semasa menjawab soalan-soalan. Disini, saya berkongsi beberapa tips atau teknik yang sentiasa digunakan. Harap memberi manfaat kepada calon-calon SPM 2022.
NOTHING IS IMPOSSIBLE, THE WORD ITSELF SAYS I'M POSSIBLE.
GOOD LUCK!!