Bengkel Kalkulator (Berfokus Matematik Menengah Rendah)

Lama sudah tidak bersiaran dari Channel Youtube. Hari ini telah LIVE di channel sendiri dan 7 lagi channel serentak bersama rakan-rakan Akademi Youtuber untuk Bengkel Kalkulator. Bengkel ini merupakan suatu program usahasama CASIO Malaysia, eDIDIK Malaysia, KGM dan Akademi Youtuber(AYU). Siri yang pertama ini adalah berfokus kepada tajuk matematik Menengah Rendah. Penceramah hari ini merupakan Pn Nor Atiqah dari CASIO Malaysia. Terima kasih kepada CASIO Malaysia kerana memberi bengkel ini secara PERCUMA dan dapat memantapkan lagi kemahiran di kalangan guru-guru di Malaysia untuk menggunakan kalkulator, khasnya kalkulator CASIO CLASSWIZZ. Banyak fungsi kalkulator telah diajar dalam bengkel ini. Selain itu, Pn Nor Atiqah juga telah menerangkan cara untuk membezakan kalkulator yang "original" dan kalkulator yang "fake". Sekiranya ada guru-guru yang telah terlepas siaran LIVE pagi ini, bolehlah tonton semula bengkel ini melalui link di bawah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua guru dan murid. Bengkel kalkulator siri 2 akan diadakan dalam masa yang terdekat. Stay Tuned!


Sesi bergambar bersama penceramah dan rakan-rakan dalam konti

Sijil yang cantik sebagai rekod kehadiran bengkel


Previous Post Next Post